Sunday, November 22, 2009

Positive!


Serabut bila memikirkan banyak perkara. Inilah aku. Ada masanya aku boleh menjadi manusia yang langsung tak kisah, tapi ada masanya aku jadi manusia yang rumit. Complicated. Rumit itu terjadi bila kita terlalu inginkan kesempurnaan dalam sesuatu perkara. Inginkan ia teratur dan tidak menyusahkan diri. Tapi apa yang mudah di dunia ini?

Mungkin aku berfikir terlalu ke depan. Dan aku sendiri yang membuat telahan negatif padahal aku sendiri belum lagi melaluinya. Aduh..be positive wahai aku!

Thursday, November 19, 2009

Keliru 2

Kalau difikirkan sangat pun buat kepala pening. Cara terbaik ialah terima seadanya keputusan itu nanti. Sebenarnya kalau difikirkan balik kedua-duanya pun sama juga. Paling penting, aku hanya perlu yakin dan percaya bahawa apa yang ditentukan oleh-Nya itu adalah jalan terbaik untuk aku nanti. Dan apa yang lagi penting sebenarnya ialah peluang untuk sambung study..itu saja.

Monday, November 16, 2009

Keliru

Pilihan pertama aku untuk program degree tahun depan ialah broadcasting. Yang keduanya, journalism. Dari semester pertama lagi aku sudah menetapkan matlamat untuk sambung study dalam broadcasting. Tapi sekarang pendirian aku sedikit goyah. Tiba-tiba aku berharap untuk journalism. Dan tiba-tiba aku rasa tak nak broadcasting. Kenapa ni???

Saturday, November 14, 2009

Hujan..

Musim hujan ini melembabkan segala-galanya. Hanya 1 perkara yang aktif bila hujan.. Tidur..zzzzzz..

Thursday, November 12, 2009

Guru Terbaik 2: Astro Oasis @ Jom Serbu AG!!

Ekspo Komunikasi & Media yang juga dikenali sebagai Jom Serbu AG!! merupakan kesinambungan kepada tugasan kami untuk Industrial Project. Ada lebih 30 oraganisasi yang menyertai ekspo ini & pastinya kumpulan kami mewakili Astro Oasis. Yang menariKnya, promo untuk ekspo ini turut mendapat kerjasama media cetak, Malaysia Hari Ini (TV3) & Selamat Pagi Malaysia (RTM1). Macam berita pulak perenggan ni..
Teringat pulak bila kena bangun awal pagi bila ada teman menghubungi. Bukak TV katanya. Tengok pasal ekspo.. Tapi, dalam mamai pun, bangga tetap ada..
Tambah-tambah seronok bila tengok ekspo masuk Melodi (sekejap je..) bila dah selesai semuanya. Dan paling penting selepas tu, mak call. Katanya dia tengok ekspo dalam Melodi. Sekurang-kurangnya mak nampak juga hasil kerja kami sebagai student. Yelah, nak pergi pun..jauh pulak. Paling-paling penting lagi, itulah hasil duit yang aku asyik mintak siang malam tu.. Aku guna untuk buat kerja wahai mak..(tapi ada la aku guna untuk bergumbira sikit-sikit..sikit je..heee..*wink*)




















Wednesday, November 11, 2009

Guru Terbaik : Industrial Project

Experience is the best teacher. Memang benar belaka. Semester terakhir sebagai pelajar diploma Masscomm di UiTM Lendu memberikan kami peluang untuk mengutip pengalaman yang cukup berharga khususnya melalui subjek Industrial Project. Berpaksikan tajuk "Media Effectiveness on Personality Change: A Case Study on Astro Oasis's Program, inilah rentetan pengalaman dalam menyiapkan tugasan kami.
Bersama pengurus saluran Astro Oasis, Hj, Izelan Basar

Astro Entertainment

Bersama Nurjannah Salleh, antara orang kuat Astro Oasis

Haji Abu Hassan Morad

Antara hasil karya Cikgu Abu

Proses editing program Panggilan Agung

Di Astana Karya

Shooting Panggilan Agung di bangunan Tabung Haji


Bersama CEO TH Global Services, Encik Mohd Izam & krew

Berpeluang menjadi 'customer'..rasanya mungkin tak akan disiarkan..teruknya..haha.
Mengikuti shooting di Masjid Usamah di Wangsa Maju

Lagi..

Encik Taib Suhut, tuan director yang garang di lokasi..tapi sempoi di luar (nie bukan bodek ok!..)

Kat studio En. Taib Suhut..

Sunday, November 1, 2009

Hari Ini..Penghabisan..

Beberapa jam lagi..akan tamatlah urusan pengajian di UiTM Lendu ini selepas 3 tahun. Esok final exam yang pertama & terakhir sebagai pelajar Masscomm. 1 subjek sahaja. Selamat segala-galanya..