MOTIF? Aku pun tak faham tujuan video "Sembang Rakyat" itu. Mungkin tujuannya mahu menyedarkan orang ramai tentang kelemahan pemimpin "itu", pemimpin "ini". Tapi bagi aku cara itu sangatlah bodoh. Wajarkah mempermainkan hukum Allah SWT dengan mengaitkannya dengan politik Melayu kita? Ditambah lagi dengan sifat kenegerian. Kutuk sana, kutuk sini. Sedangkan kita ini sebangsa dan seagama.
Adakah dengan wujudnya video ini dapat membuka minda kita ke arah yang lebih baik? Bagi aku tidak sama sekali. Ia hanya video picisan. Membuatkan orang luar memandang lebih rendah terhadap bangsa Melayu. Budaya mengumpat, mencaci, mempermainkan hukum Allah SWT semata-mata kerana kepuasan politik, kenegerian melampau dan segala macam penyakit hati.
Terus-terang aku katakan. Aku bukan 'peminat' parti pembangkang. Tapi aku masih ada akal untuk berfikir. Sekalipun kita tidak suka, janganlah sampai buta hati. Bezakanlah cara mana yang betul, cara mana yang salah. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan. Yang salah, kita tolak, yang baik, kita terima.
Oh ya, ada satu lagi video di bawah Sembang Rakyat ini. Tajuknya, Alahai Bob. Aku rasa yang ini pun harus difikirkan juga. Apa beza orang yang berkata dengan apa yang dikatakannya itu? Salah satu dialognya, "..masalahnya dia (Bob) mencampurkan-adukkan (agama) dengan hal politik, mengutuk orang sana, menghina orang sini..". Motif video itu sendiri pun macam 2x5 juga. Jadi, fikirkanlah ya...

0 ulasan:
Catat Ulasan