Jumaat, 27 Januari 2012

Kahwin


*Kredit: Google*

Seronok betul bila tengok ramai kawan-kawan sudah bertunang dan bernikah. Aku pula yang teruja. Bilalah giliran aku kan? *tak malu*. Tapi, apa nak malu kan? Benda baik. Dapat pahala pulak tu.

Tapi *ada tapi lagi*..kalau kerja pun tak lagi, jangan mimpi la. Kahwin *orang kita* sekarang bukan setakat akad nikah dan mas kahwin saja, segala macam benda perlu ada. Duit mencurah-curah ke ladang gandum. Pelamin, hantaran, baju nikah, baju bersanding, catering, dan segala macam lagi..semua menuntut wang ringgit *bukan dua ringgit ya*. Beribu-riban.

Lagi satu, kahwin bukan setakat mahu seronok saja. Bukan sekadar mahu berdua-duaan dan berkejaran sesama suami-isteri di rumah atau di tepian pantai bak cerita Hindustan *ayat over*. Kalau macam tu, senang la.

Hakikatnya, pengetahuan dan persediaan untuk masa depan kena ada. Memasak, menjahit *ini memang aku tak reti*, perancangan kewangan, hubungan baik dengan bakal keluarga mertua*hihi..*, pengetahuan agama dan segala macam lagi..semua kena ada dan kena jaga. Fuhh..*pitam*. Tiba-tiba tak teruja, cuak pula. Ok, bye.

2 ulasan:

Faithcraft berkata...

tak lama dah la tuh...

Liza Barhan berkata...

blom laa..